Wednesday, May 16, 2012

RAHSIA PEMBENIHAN IKAN PUYU


1. Sediakan induk matang (berumur lebih 6 bulan ke atas)
2. kenal pasti jantina: >>ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang. Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ianya' ikan puyu jantan. jadi, asingkan

>>Ikan puyu betina pula,senang ja, badan agak lebar,perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). asingkan

3. Untuk lebih yakin buat nisbah 5 jantan 3 betina. Lebih banyak jantan lagi bagus. Ini untuk mengelakkan pembenihan anda gagal.
4. Suntik ikan puyu satu-satu dengan hormon Ovaprim. Lebih kurang 0.05ml ovaprim dengan menggunakan jarum insulin
5. Arah suntikan sama dengan keli.
6. Lepaskan dalam satu tong yang berisi air bersih sedalam 1 kaki. Tong jangan  terlalu besar, saiz lebih kurang 2 kaki X 3 kaki.

7. Tutup tong dengan jaring hitam untukmengelakkan gangguan.
8. Telur akan keluar dalam tempoh 24 jam.
9. Pastikan betul betul, telur yang jernihadalah telur berjaya disenyawakan. Manakalatelur yang putih susu, adalah yang gagaldisenyawakan.
10. penetasan akan berlaku dalam tempoh24 jam
11. Hari pertama: Rega ikan akan nampak seperti rambut,kecil dan malas bergerak.
12. Biasanya rega akan mula makan selepas 48 jam. Bagi ikan makan artemia, moina atau avantemia.

6 comments:

  1. Dekat mne saya boleh dapatkn hormon ovaprim tu ye

    ReplyDelete
  2. Bolih diperolihi dari pembekal benih ikan.

    ReplyDelete
  3. Adakah ikan betol itu ikan puyu jugak?

    ReplyDelete
  4. Maksud saya adakah ikan betok dipanggil ikan puyu jugak?

    ReplyDelete
  5. Kenapa lava selepas 4 hari mati semua.

    ReplyDelete
  6. saya ada bela ikan puyu ni secara sikit2,sya bela dlm 2 bji kolam saiz sederhana,dlm 1 kolam ada 50 ekor lebih,dh 5/6 bulan sya bela tp saya tengok bilangan ikan tetap sma,tak pernah bertambah,ank ikan puyu pn sya tak pnh tgk dlm 2 bji kolam sya tu,sya nk tahu kenapa tak pnh ada ank..?

    ReplyDelete