Sunday, March 11, 2012


Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Kini ikan puyu mulai diternak secara komersial oleh individu persendirian atau organisasi memandangkan terdapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan pemborong dan pengusaha industri makanan seperti kedai makan, restoran, hotel dan pasar borong. Harga bagi ikan ini di pasaran boleh mencecah sehingga RM10 ke RM12 sekilo